You are here: Home
Subscribe to feed Latest Entries

Majlis penyerahan sumbangan anak alumni cemerlang SPM 2012

Posted by Admin2
Admin2
Admin2 has not set their biography yet
User is currently offline
on Sunday, 19 May 2013
in Alumni

Assalamualaikum wrt wbt

Alumni Maahad Muhammadi akan mengadakan MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN kepada anak alumni yang mendapat 9A ke atas (SPM 2012)

Berikut adalah maklumat program :
Tarikh : 23 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Maahad Muhammadi Lelaki

Mohon kepada semua alumni yang mempunyai anak yang mendapat keputusan 9A (ke atas) SPM 2012 untuk menghantar maklumat berikut :

Nama alumni :
Batch SPM :
No keahlian :
No HP :
Nama anak :
Keputusan :
Sekolah :

Sila scan/ ambil foto slip keputusan sebagai bukti
Hantarkan maklumat ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
atau

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi di talian :
Fazlan : 0197422778
Adyani : 0139281006

***Tarikh akhir penghantaran maklumat : 22 Mei 2013

Tags: Untagged
0 votes

Perkembangan Koperasi Alumni Maahad Muhammadi

Posted by admin3
admin3
admin3 has not set their biography yet
User is currently offline
on Sunday, 02 December 2012
in Alumni

29 Oktober 2012, jam 10.00 pagi, ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Alumni Maahad Muhammadi Kota Bharu Kelantan Berhad telah bersidang di Maahad Muhammadi Perempuan. Koperasi yang telahpun sempurna didaftarkan dengan nombor pendaftaran No D-4-0613 pada 10 September 2012 kini dalam proses untuk meneruskan dengan agenda koperasi sebagaimana termaktub pada Undang-undang Kecil Koperasi ini.

Kali pertama ahli lembaga pengarah Koperasi ini mengadakan mesyuarat adalah sejurus selepas mesyuarat penubuhan koperasi pada 30 Mac 2012 sempena sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi untuk memilih ahli lembaga pengarah dan mesyuarat pertama ahli lembaga pengarah pada hari itu juga telah melantik pemegang-pemegang jawatan di dalam koperasi ini.

Pengerusi Koperasi ini adalah Ustaz Muhammad Yunan bin Mahmood, Setiausaha Koperasi ialah Hj Mohd Iskandar bin Hassan, Bendahari ialah Ustaz Hj Azhar bin Salleh. Ahli-ahli lembaga koperasi yang lain adalah Hj Nazmi Ghazali Azmi, Ustaz Ashaari Ishak, Ustaz Che Kamarudin Kamel, Ustaz Nasrudin bin Mahmud Muhaidin, Pn Siti Norina bt Muhammad dan Pn Hajjah Zawati binti Ibrahim.

 Sama-sama kita tunggu perkembangan lanjut berkenaan koperasi dan semoga semua ahli mendapat faedah darinya.

0 votes

Liputan Majlis Ijtimak Korban Perdana AMM

Posted by admin3
admin3
admin3 has not set their biography yet
User is currently offline
on Saturday, 01 December 2012
in Alumni

29 Oktober 2012 bersamaan Hari Raya Idil Adha Keempat pada jam 8.30 pagi bertempat di padang belakang bangunan Blok C Maahad Muhammadi Perempuan, telah berlangsung Majlis Ijtimak Korban Perdana Alumni Maahad Muhammadi di mana sebanyak enam ekor lembu telah dikorbankan.

Setelah semua lembu disembelih, para pengqurban telah dijamu dengan nasi berlauk Air Dingin di mana mereka duduk bersila beramai-ramai menjamu selera sementara menantikan daging dilapah oleh para petugas.

Lembu-lembu yang dikorban telah dibawa ke khemah yang didirikan di padang tersebut dan dipotong serta di bahagikan oleh para petugas kepada bahagian-bahagian yang akan diagihkan kepada faqir miskin, bahagian yang akan disimpan secara sejukbeku kepada sekolah Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan, bahagian yang dibawa balik oleh para pengqurban serta sebahagiannya di bawa terus ke kantin sekolah untuk dimasak secara segar sebagai hidangan makanan tengahari para pengqurban.

Turut hadir pada majlis tersebut penceramah jemputan yang juga ahli alumni Ustaz Saibon (kini Pegawai Fatwa di Jabatan Mufti Negeri Kelantan) yang hadir ke majlis tersebut jam 11 pagi. Antara para pengqurban yang hadir pada majlis tersebut adalah Yang Dipertua AMM, Ustaz Muhammad Yunan bin Mahmood, Timbalan Dipertua AMM Hj Nazmi Ghazali Azmi, Timbalan Dipertua II AMM Ustazah Mariam Omar, Naib Dipertua II AMM Ustaz Ashaari Ishak, Naib Dipertua IV AMM Che Kamaruden Kamel yang juga mudir Maahad Muhammadi Lelaki, para Ahli Jawatankuasa AMM, ahli- ahli alumni termasuk mantan senator Mumtaz Mohd Nawi.

Acara korban selesai apabila para pengqurban mengambil bahagian daging masing-masing untuk dibawa pulang kemudiannya menjamu selera dengan hidangan nasi dan daging yang dimasak panas dan menyelerakan di kantin sekolah.

Pada 30 Oktober 2012, daging korban yang disimpan secara sejukbeku dimasak di sekolah Maahad Muhammadi Lelaki dan dijamu kepada kesemua guru dan pelajar.



Sementara daging korban yang disimpan secara sejukbeku untuk Maahad Muhammadi Perempuan dimasak pada 1 November 2012 dan dijamu kepada warga sekolah termasuk guru dan pelajar.

Daripada wang perolehan jualan bahagian lembu korban yang diselenggarakan oleh Portfolio Kebajikan AMM, sejumlah RM2560 telah berjaya dikumpul setelah ditolak kos pengurusan dan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Alumni Maahad Muhammadi.

Alumni Maahad Muhammadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengqurban dan para petugas pada Majlis ini yang telah meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan majlis ini dan semoga korban yang dibuat diterima Allah Subhanahu Wa Taala sebagai amalan soleh kita semua.

Disediakan oleh SU II

 

 

 

0 votes

Ijtimak Korban Perdana Alumni Maahad Muhammadi 1433H

Posted by admin3
admin3
admin3 has not set their biography yet
User is currently offline
on Friday, 07 September 2012
in Alumni

Pada tahun ini jawatankuasa alumni maahad muhammadi akan mengadakan suatu program Ijtimak Korban Perdana Maahad Muhammadi 1433H bertempat di Maahad Muhammadi Perempuan pada hari Isnin 29 Oktober 2012.

Program yang dijadualkan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12 tengahari ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Sahibul Fadhilah Dato' Nik Abdul Kadir bin Nik Muhammad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan yang juga Penaung Alumni Maahad Muhammadi Kota Bharu Kelantan.

Pada hari tersebut, para hadirin dan pengqurban akan turut dijamu dengan hidangan daging yang dikorbankan dan dimasak beramai-ramai secara segar dan dimakan bersama-sama di sekolah tersebut.

Daging yang dikorbankan sebahagiannya boleh dibawa pulang oleh pengqurban, sebahagiannya lagi akan diagihkan kepada fakir miskin dan sebahagian yang lain akan diberikan untuk dimasak dan dijamu kepada tenaga pengajar serta pelajar-pelajar sekolah Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Muhammadi Lelaki.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini boleh berhubung terus dengan Tuan Haji Zainal Abidin Mustaffa  0139864700 dan Tuan Haji Wan Mohd Sharafi bin Wan Mustaffa 0199849033.

Sesiapa di kalangan ahli alumni atau kalangan keluarga ahli alumni yang berhasrat untuk menunaikan ibadah korban di sekolah tercinta boleh mendaftarkan diri dan memuat turun borang di sini.http://alumnimaahadmuhammadi.com/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download=8%3Ajtima-korban-perdana-alumni-maahad-muhammadi-1433h&id=1%3Aborang

Tags: Pengumuman
0 votes

Beberapa Catatan Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Alumni MM

Posted by admin3
admin3
admin3 has not set their biography yet
User is currently offline
on Sunday, 02 September 2012
in Alumni

9.30 Pagi, 1 September 2012, Bilik Gerakan Maahad Muhammadi Lelaki

Mesyuarat  Ketiga telah diadakan  dengan membincangkan beberapa agenda penting.  Minit Mesyuarat Kali Kedua pada 4 Ogos 2012 telah disahkan.

Agenda utama yang dibincangkan adalah berkenaan usaha membantu Maahad Muhammadi Perempuan mendapatkan semula tanah di seberang parit dalam untuk kembali dijadikan tanah di bawah kawalan sekolah di mana Setiausaha I telah menghantar surat kepada Dato’ Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan untuk mengadakan kunjungan hormat memperkenalkan Alumni, mengemukakan laporan bergambar Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi yang dikelolakan oleh Alumni serta membincangkan isu mendapatkan semula kawalan ke atas tanah tersebut oleh pihak sekolah agar dapat menjana pendapatan untuk sekolah. Walaubagaimanapun tarikh pertemuan masih belum diperolehi.

Perkembangan berkenaan Koperasi Alumni Maahad Muhammadi Kelantan Berhad turut dibincangkan dimana  dimaklumkan bahawa urusan pendaftaran Koperasi tersebut belum selesai dan nombor pendaftaran masih belum diperolehi, justeru Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah Koperasi masih belum dapat diadakan. Halatuju koperasi akan ditentukan berdasarkan undang-undang kecil koperasi yang bakal diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta dasar-dasar yang akan ditetapkan dalam mesyuarat pertama tersebut.

Berkenaan usaha untuk membantu Maahad Muhammadi Lelaki mengatasi masalah saliran terutama pada musim tengkujuh, satu Kertas Kerja telah disiapkan untuk diangkat oleh Alumni kepada pihak Kerajaan melibatkan penggalian semula sistem perparitan di luar sekolah, penceriaan lanskap dan pengindahan dalam aspek pencahayaan melibatkan kos melebihi RM 100,000. Mesyuarat meminta diperlengkapkan lagi Kertas tersebut.

Jawatankuasa turut berusaha untuk membeli tanah milik individu yang terletak di antara Bangunan Asrama Baru Maahad Muhammadi Lelaki dengan Bangunan Kantin dan Dewan yang hampir siap dibina  di mana Alumni akan mewujudkan skim wakaf bagi dibuka kepada ahli Alumni dan orang ramai untuk membeli dan mewakafkan tanah tersebut. Lot-lot wakaf akan disediakan dan akan dibuka untuk wakaf berdasarkan harga per kaki persegi. Urusan membeli tanah tersebut akan dirundingkan oleh Jawatankuasa Alumni dengan tuan tanah dalam bulan September dan dijangkakan skim wakaf ini akan dapat dilancarkan oleh Alumni pada awal tahun depan.

Mesyuarat telah bersetuju menubuhkan Tabung Kebajikan Alumni MM bagi mengumpulkan dana untuk tujuan kebajikan kepada ahli-ahli Alumni. Tabung ini akan diselenggara di bawah Portfolio Pembangunan Insan dan Kebajikan Alumni  di mana satu akaun khusus akan dibuka bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, Mesyuarat mengambil maklum bahawa Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan belum memperolehi nombor rujukan pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan jumlah dana terkumpul kini kira-kira RM 560,000.

 Keahlian ahli berdaftar kini seramai 291 orang sementara ahli yang belum berdaftar yang melayari facebook alumni maahad muhammadi mencecah lebih 1000 orang. Borang-borang keahlian turut diagihkan kepada ahli jawatankuasa untuk diedarkan kepada bekas-bekas pelajar.

Program Ijtimak Hari Raya Qurban kelolaan Alumni akan diadakan pada 13 Zulhijjah bersamaan 29 Oktober 2012 melibatkan penyembelihan 10 ekor lembu di Maahad Muhammadi Perempuan. Borang jemputan untuk berqurban kepada ahli-ahli Alumni akan dikeluarkan dan aqad akan diuruskan dengan harga satu bahagian RM450. Lebihan wang daripada urusan ibadah ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan Alumni MM. Acara akan dimulakan dengan pembacaan doa oleh Penaung Alumni, YB Sahibul Fadhilah Ustaz Dato Hj Nik Abdul Kadir disusuli dengan laungan takbir oleh ahli-ahli Alumni yang hadir dan mengambil bahagian dalam ibadah qurban tersebut. Dipersetujui 2kg daging dan 1kg tulang diagih kepada pengqurban dan selebihnya disedekahkan. Sebahagian daging akan dimasak pada hari tersebut untuk jamuan kepada ahli Alumni, pengqurban yang hadir dan para petugas. Daging dua ekor lembu akan disimpan dalam freezer untuk dibuat jamuan kepada pelajar Maahad Muhammadi Lelaki pada 30 Oktober dan daging dua ekor lagi untuk jamuan kepada pelajar Maahad Muhammadi Perempuan pada 31 Oktober.

Oleh kerana kesuntukan masa, penelitian Usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung yang lalu akan dibincangkan dalam suatu Mesyuarat Majlis Eksekutif yang akan diadakan dan dan keputusannya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa pada bulan hadapan.

Mesyuarat bersetuju menghantar Penolong Setiausaha I, Penolong Bendahari dan AJK Hj Zainal Abidin untuk mewakili Alumni dalam Majlis Dialog dengan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan yang diadakan pada 13 September 2012.

Mesyuarat juga bersetuju mengadakan program ilmiah kepada semua ahli Alumni dalam bentuk Usrah Bulanan yang diletakkan di bawah portfolio Pendidikan Ijazah dan Pasca Ijazah. Usrah Bulanan yang pertama akan diadakan dalam bulan September dan jemputan akan dibuat kepada semua ahli Alumni manakala kaunter pendaftaran keahlian akan dibuka untuk para bekas pelajar yang belum berdaftar dengan Alumni.

Dilaporkan oleh SU II

0 votes

Login

Aktiviti Akan Datang

Aktiviti Akan Datang

Aktiviti Terdahulu

Lihat Kalendar

Waktu Solat

Monday, 20 May 2013  
9. Rajab 1434

Pautan


Popular Post

Boleh muat turun aturcara program ini di sini: http://alumnimaahadmuhammadi.com/index.php?option=com_phocadownload&view=cate
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM MAJLIS RAMAH MESRA ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI PENASIHAT PROGRAM Tn Hj Mohd Yunan bin Mahmood PENGARAH PROGRAM P
Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berbahagia Dato Paduka Nik Abdul Kadir. Yang dihormati Datuk Dr. Mahmud Zuhdi. Yang