Program Sambutan Jubli Intan (75 tahun) Maahad Muhammadi ini akan dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan bersama Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) . Tarikh sambutan ialah selama 1 minggu iaitu di antara Khamis 29 Mac hingga Khamis 5 April 2012. Sambutan ini juga akan dimasukkan ke dalam Calendar of Events sambutan 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam Kelantan (1912-2012) dan salah satu Tarikan Pelancongan di bawah Program Tahun Melawat Kelantan 2012.
Sumber Kewangan ialah daripada Peruntukan Kerajaan Negeri dan Yayasan Islam Kelantan serta Sumbangan & Tajaan yang diuruskan oleh Alumni MM.
Beberapa pertandingan akan dianjurkan termasuk Pertandingan Mencipta Logo Jubli Intan dibuka kepada Pelajar, Guru dan Bekas Pelajar dan Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan dibuka kepada umum dengan jemputan kepada Yayasan-yayasan Islam Negeri-negeri dalam dua kategori iaitu kategori sekolah dan kategori dewasa.
Buku Khas Maahad Muhammadi 1937-1997 yang telah ditulis oleh Haji Muhammad Yunan bin Mahmood (kini Yang Dipertua Alumni MM) akan diulang cetak sebagai Jilid 1 dan akan dijual bagi mengisi Tabung Alumni.
Sebuah Pasukan Petugas Khas pula akan ditubuhkan untuk menulis Buku Khas Maahad Muhammadi 1937-2012 sebagai Jilid 2 di mana buku ini juga akan dijual bagi mengisi Tabung Alumni.
Aturcara Sambutan adalah sebagaimana berikut:
Khamis 29 Mac 2012
7.30 malam : Solat Hajat Meletak Kerja Sambutan Jubli Intan akan diadakan di Masjid Muhammadi
· Solat hajat bersama YTM Tengku Mahkota Kelantan menghimpunkan para jemputan khusus dari kalangan alim ulama Bekas Guru, para pembesar Negeri, Bekas Pelajar para Guru dan Pelajar MML & MMP
( Minggu Sambutan Jubli Intan Bermula )
Berlangsung sepanjang minggu mengikut kesesuaian tempat dan masa tetapi berpusat di MMP
Pameran Kegemilangan, Ekspo Ko-kurikulum Pelajar & Hari Terbuka Sekolah
Program Derma Darah & Khidmat Guaman/Kaunseling Percuma
Jualan Barangan & Jualan Cenderamata
Jumaat 30 Mac 2012
9.00 pagi : Motivasi Kecemerlangan Pelajar MMP & MML di Dewan Asma’ MMP
3.00 petang : Acara Separuh Akhir Pesta Sukan di MML & MMP
Sabtu 31 Mac 2012
9.00 pagi : Kursus Kepimpinanan Pelajar MMP & MML di Dewan Asma’ MMP
3.00 petang: Acara Akhir Pesta Sukan di MML & MMP
Ahad 1 April 2012
10.00 pagi : Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan di MMP
Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan diikuti Majlis Perletakan Batu Asas Masjid Maahad oleh KDYMM Sultan Muhammad V
- Titah D’Raja
- Kapsul Masa
· Titah D’Raja semasa Majlis Perasmian akan dimasukkan ke dalam Kapsul Masa untuk dibuka semula pada satu masa akan datang untuk melihat sama ada hasrat dalam Titah D’Raja tercapai atau tidak
- Majlis Perletakan Batu Asas Masjid
- Majlis Pelancaran Dana Pembangunan Masjid
- Anugerah Tokoh Maahad Muhammadi
- Pelancaran Logo Jubli Intan
Isnin 2 April 2012
10.00 pagi : Kuiz dan Acara Interaktif di MMP
3.00 petang: Apresiasi Seni bersama UNIC & Selebriti di MMP
5.00 petang: Acara Sukan Persahabatan Bekas Pelajar-Guru di Padang Perdana, Kota Bharu
Selasa 3 April 2012
8.30 pagi : Seminar Pemantapan Kurikulum dan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kecemerlangan di Dewan Asma’ MMP
· Dirasmikan oleh YB Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri bersekali dengan Pelancaran Pelan Strategik Kecemerlangan Maahad Muhammadi
· Sasaran seminar ialah Guru dan PIBG MML & MMP, Semua Mudir & Penolong Kanan sekolah-sekolah YIK dan Bekas Pelajar
· Kertas 1 :(9.00) Kurikulum Agama & Akademik Merentas Zaman
oleh Dato Dr Johari Mat, Ketua Eksekutif KIAS
Kertas 2 (11.00) Keberkesanan Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab di sekolah YIK
oleh Dato Muhammad Daud Iraqi, Pengerusi KIAS
Kertas 3 :(2.00) Kurikulum & Halatuju Kerjaya
Oleh Prof Dr Md Ashraf Hashim
8.30 malam : Forum Perdana di Padang MML
· Sasaran forum ialah Guru, Pelajar, PIBG, Bekas Pelajar dan orang awam
· Sasaran program ialah agar dirakam untuk siaran tv sebagai penonjolan sambutan Jubli Intan
· Tajuk : Penghayatan Konsep Keibubapaan Dalam Menangani Masalah Sosial
· Ahli Panel: Dato Mufti Kelantan, Dato Speaker Dewan Negeri Kelantan & Dr Zarina Saari (UM)
· Moderator: Ustaz Zaidi Saari, Juara rancangan realiti Yang Arif @ Mohd Gunawan Che Abdul Aziz, Jabatan Perdana Menteri
Rabu 4 April 2012
10.00 pagi: Majlis Perasmian Asrama Kedua MML di MML
Majlis Perasmian dirasmikan oleh YB Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan
· Asrama ini akan dinamakan Asrama Dato’ Hj Ahmad Yakob
3.00 petang: Pertandingan Khat Terbuka Peringkat Kebangsaan di Dewan Fatimah Zahra’ MMP
Khamis 5 April 2012
9.00 pagi: Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi di Dewan Asma’ MMP
11.00 pagi: Majlis Perasmian Bangunan Tambahan MMP di MMP
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YAM Tengku Amalin Aishah Puteri
· Bangunan ini akan dinamakan Bangunan Tengku Amalin A’ishah Puteri
8.30 malam: Majlis Makan Malam Nostalgia di Hotel Grand Riverview
· Majlis dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar
-Tayangan Video Nostalgia, Program Ziarah Bekas Pelajar/Guru & Sepintas Lalu Seminggu
Menyambut Jubli Intan
- Pelancaran Buku Khas Jilid 2
- Penyampaian Hadiah Pertandingan & Sukan
( 11.00 malam : Minggu Sambutan Jubli Intan berakhir)
![]() | AZRAN BIN AHMAD 1992 — 1996 |
![]() | Raja Aziz Omar Bin Raja Zainal Alam Shah 2000 — 2002 |
![]() | NUR SHUHADA KADIR 2003 — 2006 |
![]() | Ahmad Irwan Bin Ismail 1987 — 1992 |
![]() | Muhammad Nazirul Mubin B Mohd Hassan 2005 — 2006 |
![]() | WAN MOHD NAZIF WAN MAHMUD 1992 — 1999 |
![]() | Nik ahmad adib bin nik ismail 1984 — 1990 |
![]() | Aminatus Sa'diah Bt A bdul Kadir 1981 — 1986 |
assalamualaikum,syabas utk admin yg tlh berusaha gigih memastikan keraian jubli intan MM bakal dilaksana penuh makna.
mohon aturcara majlis diedarkan seawal mungkin terutama melalui anak2 bekas pelajar MM yg meliputi seluruh sekolah2 YIK,kerana bukan semua ahli/bakal alumni berminat aktif dilaman sosial,itu juga satu cara menarik lbh ramai ahli.terima kasih.